Tuesday, September 28, 2010

Door gift


Comel tak door gift brownies ni? Di samping sangat menarik... ianya juga sedap.

Sesuai untuk semua majlis... aqiqah anak.... kenduri kahwin, majlis pertungan dan untuk diberi sebagai hadiah kepada orang tersayang.


Untuk maklumat lanjut hubungi :


Mona - 019-2250540 atau email ke : m_1510@hotmail.com


En Ishak - 019-4975280 atau emai ke: ishakdoh@yahoo.com.my


Order for hari raya

Thanx to all sebab order kek untuk raya baru-baru ni... Gambar tak di ambil sebab semua gambar adalah sama...

Blueberry Cheese cake:

1. Azmila
2. Aziana
3. Zaimun
4. Nawal
5. Wani
6. Kawan Kak Sobi


Brownies:

1. Yanti
2. Shimah
3. Kak Su
4. Zaimun


Tuesday, August 31, 2010

Mocha & Walnut Brownies

Brownies yang sedap ni bukan sahaja sesuai untuk jamu pada tetamu... malah boleh di hidangkan untuk minum petang bersama keluarga tersayang... kalau yang tidak suka rasa mocha..... boleh juga minta yang plain rasa choc.








Harga : RM 33 (tidak termasuk penghantaran)
berat : 0.66 kg
Berminat?
Boleh hubungi En Ishak (019-4975280) atau email ishakdoh@yahoo.com.my


Sunday, August 22, 2010

Cheese Cake

Thanx to Fatimah yang order Blueberry cheesecake....


Thanx also to Kak Syimah yang order Oreo cheesecake....



Hmm... tapi tu la.... kepada sesiapa yang duduk area Penang/Sg. Petani / Gurun boleh la order cheese cake ni sebabnya memang tak boleh nak pos cake ni....


Harga utk cheese cake 1.4 kg (saiz besar) RM 60

Harga utk cheese cake 0.7 kg (saiz kecil) RM 33


Tapi kalau nak yang special version macam yang kiwi or peach kena charge lain sebab nak kena kira kos buah and jelly....

Kalau berminat boleh la contact kami......

Thursday, August 5, 2010

Fruit Cake

Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba.... saya nak buat promosi kek buah. Boleh untuk makan sendiri, dibeli pada mak & mak mertua, adik-beradik atau sesiapa sahaja.






p/s: Sorry gambar tak berapa clear

Kek buah ni adalah homemade....
Kek buah ni kalau disimpan di dalam peti ais boleh tahan berbulan-bulan.... lagi lama lagi sedap sebab buah tu 'mesra' dengan adunan kek.



Harga untuk 1.1 kg kek adalah RM 40. (Tidak termasuk kos penghantaran)

Postage : RM 8

Boleh hubungi:

Mona 019-2250540 atau m_1510@hotmail.com
En Ishak aka tukang buat 019-4975280

Welcome to Kedai Kek Abah

Salam to all....

Saya sebenarnya tolong manage menjual kek yang dibuat oleh abah tercinta. Abah sangat berbakat dalam membuat kek. Abah selalu buat kek bagi kami anak beranak dan sedara-mara makan. Dulu-dulu masa masih bekerja kerajaan selalu sangat abah buat kek untuk jamu staff-staff dan kawan-kawan sepejabat dengannya. Bermula dari suka-suka buat kek lama kelamaan ramai pula yang order. Abah tak pandai nak promote kat orang.... abah cuma suka jamu orang makan tapi bila orang dah order abah memang akan buat. Masa saya belajat kat U dulu selalu sangat abah buat kek coklat bagi kawan-kawan saya makan. Mana-mana kawan-kawan yang pernah makan kek coklat abah saya buat pasti akan merinduinya...

Disebabkan abah dah pencen maka saya saja nak bagi kerja kat abah supaya masa abah terisi. Sekarang ni masa lapang abah dipenuhi dengan pergi kelas mengaji dan ceramah2.... Alhamdulillah.....